Secara umumnya, Peguam ialah orang atau pihak yang bertanggungjawab memberi bantuan guaman kepada pelanggannya, ataupun bertindak sebagaiwakil bagi pihak-pihak yang bertikai di dalam sesuatu perkara, sekiranya pihak-pihak tersebut tidak mampu untuk tampil sendiri ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Allah s.w.t. menyeru supaya bertanya dan menyerahkan sesuatu perkara kepada ahlinya ataupun orang yang mahir mengenainya. Hal ini dijelaskan lagi oleh firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud :
"Maka bertanyalah kepada ahluz dzikr
jika kamu tidak tahu "
jika kamu tidak tahu "
Dalam bidang guaman Syarie, Peguam Syarie adalah antara orang yang paling layak untuk mengendalikan permasalahan Syariah kerana ia terletak di bawah kepakaran mereka, bermula daripada prosedur Mahkamah, penyediaan dokumen-dokumen berkaitan kes, sehinggalah peringkat yang seterusnya, yang mana dengan kehadiran peguam ini kes-kes akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat serta dapat menjimatkan masa Mahkamah. Peguam Syarie akan bertindak mewakili anak guamnya dalam kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Prinsip 'wakalah bi al-khusumah' turut dititikberatkan dalam bidang ini.
Wakalah berasal daripada perkataan Arab yang bererti menjaga, melengkapkan, dan menyerah. Apabila seseorang itu dilantik sebagai wakil, maka orang itu dianggap sebagai penjaga, penjamin atau orang yang diamanahkan kepadanya sesuatu hal untuk diselesaikan. Peguam Syarie juga berperanan menasihatkan anak guamnya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hukum hakam Islam dan persoalan berkaitan prosiding Mahkamah, di samping bertindak sebagai 'orang tengah' atau pendamai dalam kes penyelesaian di luar Mahkamah.
No comments:
Post a Comment