Friday, 7 November 2014

ARTIKEL: ISU PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA




ISU PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA
Firman Allah s.w.t tentang pensyariatan Perkahwinan :


3.  Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.



32.  Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Maksudnya: hendaklah laki-laki yang belum kawin atau wanita- wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat kawin.


Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau poligami tanpa kebenaran isteri pertama) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat kebenaran isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah di Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.


Adakah pernikahan di Selatan Thailand sah?
Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak, tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah.  Penikahan di selatan Thailand adalah sah asalkan SEMUA HUKUM SYARAK DIPATUHI.  

Prosedur Daftar Nikah yang dilangsungkan di luar Negara tanpa kebenaran JAWI

1) Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
2) Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.
3) Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
4) Dokumen yang perlu dilampirkan:
i.
Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)
ii.
Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
iii.
Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
iv.
Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
v.
Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan

5) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta'liq dan pendaftaran.


Cara Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara

Langkah pertama:
1. Kemukakan sijil nikah negara berkenaan
2. Sijil Pengesahan nikah negara berkenaan
3. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
4. Salinan Border Pass atau Internasional Pasport
5. Surat Kedutaan Malaysia di negara yang dinikahi

Langkah Kedua:
Selepas Perbicaraan dan hukuman dijalankan
- Surat permohonan pendataran nikah luar negara
- Kemukakan salinan hukuman mahkamah
- Kemukakan salinan resit denda
- Salinan surat /sijil nikah negara berkenaan
- Salinan sijil pengesahan nikah negara berkenaan
- Salinan Border Pass / Internasional Pasport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat kedutaan Malaysia di negara dinikahi


PROSES PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA

1.  Setelah semua dokumen-dokumen Permohonan nikah luar negara yang telah lengkap,   hendaklah dikemukakan ke unit Pendaftaran Pernikahan Cerai dan Rujuk untuk disemak setelah lulus, fail permohonan akan dibuka dan kena bayaran Fee

2.  Siasatan mengenai pernikahan luar negara itu dimulakan dengan mengenalpasti beberapa espek dan kreteria diantaranya : mempastikan  tempat akad nikah adakah diiktiraf oleh negeri berkenaan, contoh  Pernikahan di negara Thailand mulai September 2010 pernikahan warga asing hanyalah sah dilakukan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla sahaja- perkeliling ini dikeluarkan bagi mengelak pernikahan sendikit yang tidak diiktirafkan atau "Pernikahan Ekspres" atau jurunkah palsu. Mempastikan jarak tempat berlaku angkat nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin melebihi 2 marhalah atau melebihi 92 kilometer kerana  kebanyakan pasangan  yang berkahwin menggunakan perkhidmatan wali hakim. Sekiranya kurang dari dua marhalah kedudukan wali berada itu boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah disegi syarak.

Jurunikah yang menjalankan upacara nikah juga diambilkira kedudukannya dibimbangi jurunikah tersebut telah tamat perlantikan sebagai jurunikah oleh berwajib. Setelah rakaman pengakuan pasangan tersebut diambil, perkara ini akan diserah kepada Pendaftar Kanan daerah ( Pegawai Agama Daerah ) untuk menilai sejauhmana pernikahan ini memenuhi kehendak hukum syarak dan undang-undang yang diguna pakai sekarang ini. Pernikahan yang menempati hukum syarak dan undang-undang akan diarah untuk didaftarkan pernikahan mengikut seksyen 31 ( 2 )  Enakmen Undang-Undang keluarga Islam  ( KEDAH DARUL AMAN ) 2008 


KESAN MENGABAIKAN PENDAFTARAN NIKAH LUAR NEGARA 

Pasangan yang mengabaikan pendaftaran nikah di luar negara setelah  melebihi enam bulan dari tarikh mula-mula sampai ke negeri Kedah ini jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pernikahan pasangan itu tidak diperakui dan lindungi oleh undang-undang negeri ini dan negara amnya. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan berhubungan dengan kematian seperti pembahagian pusaka, pengeluaran  wang KWSP, pengeluaran wang pencen, menunaikan Ibadah Haji dan tuntutan harta sepecarian akan menjadi halangan dan kemungkinan  besar semua urusan ini tidak disempurnakan. 

 Denda Nikah di Thailand

Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti
  • Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Mendaftarkan pernikahan selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Mendaftarkan Nikah Siam

Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin. Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.
Pendaftaran kahwin di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa perkahwinan itu adalah sah.

 Daftar Nikah Asing - Proses dan Dokumen

  • Kes yang tidak melibatkan poligami akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah.
  • Kes yang melibatkan poligami tanpa kebenaran akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Pasangan mungkin perlu melantik peguam syarie.


KESIMPULAN :
Hari ini, rata-rata pasangan muda mahupun yang telah berumur lebih cenderung untuk memilih bernikah di luar kerana wujudnya pelbagai alasan. Oleh itu, pasangan-pasangan yang berhasrat untuk memilih jalan ini sebagai alternatif perkahwinan mereka seharusnya mempersiapkan diri bagi mengahadapi segala kesulitan yang akan berlaku di masa akan datang dan masa-masa seterusnya. Adalah amat wajar bagi pasangan-pasangan yang ingin memilih alternatif cara perkahwinan ini untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada Pakar Undang-undang yang bertauliah. Pihak kami juga amat mengalu-alukan sebrang pertanyaan lanjut berkaitan isu ini kepada firma guaman kami. Nasihat serta panduan akan kami bekalkan mengikut kesesuaian fakta semasa.Ini adalah demi menjaga kemaslahatan dan keturunan hasil daripada perkahwinan yang akan terbina kelak. Semoga sedikit perkongsian ini akan memberikan manfaat yang besar kepada kita semua. InsyaAllah

Sebarang persoalan lanjut mengenai Harta Sepencarian boleh hubungi kami di SINI

Artikel ini adalah hak cipta http://sukapeguamsyarie.blogspot.com/
Dibenarkan untuk berkongsi dan re-publish artikel ini dengan credit kepada blog ini.

29 comments:

hoNeyzs said...

Assalammuailaikum..saya ingin bertanyakan beberapa soalan bagi pihak sahabat karib saya..sahabat saya bernikah di negara jiran (songklha thailand), dan tidak ada mendaftar pernikahan dinegara malaysia ini.merujuk dari cerita, suaminya menceraikannya melalui panggilan talifon dua bulan lepas 22/2/2015, kini dia sudah bertemu dengan seorang lelaki dan ingin bernikah dengan lelaki baru tersebut.soalan disini:                                      1-Adakah lafaz cerai tersebut jatuh sah.?2-Bagaimana dia ingin bernikah dengan lelaki yang baru jika dia tidak tahu bagaimana ingin selesaikan stutus penceraiannya.mohon maklum balas.terima kasih

email:gracezatie@gmail.com

fiza dean said...

Assalamualakum,
Say ingin bertanya. Teman saya bercadang ingin bernikah di London secara rahsia tanya pengetahuan keluarga. Adakah sah disisi hukum syarak jika berwalikan hakim disana.


Email:fizadean2305@gmail.com

NOORFADZIELA JAAFAR said...

Assalamualaikum...saya ingin bertanya...saya mendapat tahu suami saya telah berkahwin dengan seorang perempuan di songkla Thailand tanpa pengetahuan saya...saya telah pun mendapat salinan surat nikah mereka di siam..selepas itu yang saya tahu mereka telah membuka kes di mahkamah tinggi syariah alor setar untuk mendapatkan kes pengesahan perkahwinan..sepatutnya 17/8/2015 kes mereka dibicara tetapi mereka tidak hadirkan diri ke mahkamah..kesannya, saya mengalami kesukaran sebagai isteri pertama untuk tuntuk fasakh di mahkamah syariah..apa yang perlu saya buat untuk percepatkan kes tuntutan fasakh saya ini..lagipun saya sudah dihalau dari rumah suami sejak bulan 5/2015 yang lalu....mohon beri pendapat...terima kasih...

Email :along_zil89@yahoo.com

Nur Hafiz & Associates said...

Salamalayk buat semua pembaca budiman, boleh hubungi saya directly di talian 0137000029 untuk makluman lanjut atas segala pertanyaan. Inn shaa Allah Pihak saya akan menyelesaikan permasalahan tersebut. Wallahua'lam. Sirru ala barakatillah. MNHR.

Nur Amalina Mohd Nor said...

Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah sama dokumen2 diatas dengan pendaftaran perkahwinan tanpa izin jika di JAIS? sebab alamat saya Selangor. Terima kasih.

Nanay Masiana said...

Salam..sya nak tnya?adakah sah kawan sya bernikah di philipne tanpa persetujuan keluaraga sebelah perempuan kerana bakal suaminya berasal dr negara philipne?apakah procedure yg mereka perlu ikuti sebelum bernikah di luar negara?
Email:nanaymasiana@gmail.com

Zahra said...

Salam, saya nak tanya tentang pendaftaran nikah di johor, pernikahan di thailand diadakan pada tahun 1983, dan pasport telah hilang. Cuma ada sijil nikah sahaja, bolehkah meneruskan permohonan tanpa salinan pasport?

Nur Hafiz & Associates said...

Salamalayk buat pembaca budiman. Untuk memudahkan urusan bagi soalan soalan yang dikemukakan, tuan dan puan boleh hubungi talian peribadi Tuan Muhammad Nur Hafiz Roslan di talian 0137000029. Inn shaa Allah, pihak tetuan Nur Hafiz & Associates Akan membantu tuan / puan dengan segera.

Siti Nur Fatimah Azihan said...

assalamualaikum..saya pernah berkahwin dithailand Dan bercerai pon disana..kami tidak mendaftarkan perkahwinan INI di Malaysia..kemusykilan sekarang perlu ke salinan nikah saya yang lama atau hanya sjil cerai diperlukan jika saya ingin berkahwin dengan org lain sekarang Dan perlukah saya pergi memgambil kursus perkahwinan?

sitinurfatimahaziha@gmail.com

ewin atie said...

As'salam saya ingin bertanya adik saya tunangan org & bekas isteri juga tunangan orang. Tapi kini mereka sdah bercerai pulak. Yg merunsingkan sye,dia nikah di Songkhla Thailand tapi selepas 2 bulan bercerai macam tu saja. Tidak di rekodkan @ apa2. Masalahnya sekarang di Malaysia pun belum di buat pendaftaran semula. Mohon bantuan ustaz. Terima kasih

mama perak said...

Assalmualaikum..saya nk brtanya..saya pernah bernikah di pjbt agama islam yala bentong pada tahun2012,tetapi tidak didaftarkan di malaysia dan kini hmpir 3thn,saya dan bekas suami telah bercerai,dan saya telah membuat penceraian fasakh di tempat kami nikah dahulu dengan membawa dua org sksi bukan adik,ibu dan ayh..saya juga mempunyai seorang anak lelaki yg kini berusia 2th 7bulan dan ank saya mempunyai dokumen lengkap seperti sijil beranak dan mykid smsa proses dftr kelahiran dulu. Di sini perlu ke lagi saya mendaftarkan pernikahan dan penceraian saya yg dahulu di malaysia?dan jika saya ingin berkahwin lain adakah ia sah dan tiada masalah?

Keann K said...

Assalmualaikum, saya nak tanya. saya pernah bernikah di songkhla, thailand. surat nikah asal saya sudah hilang. macamana saya boleh dapatkan salinan asal surat nikah dan haruskah buat laporan polis?

Ifah Riee said...

Assalamualaikum, sy nak tnye... Sy brkwin di thailand dan klau sy nak daftar di mana2 negeri bole ke ? Lagi 1, sy ada surat nikah tpi surat konsulat xada... Macam mana tue ye... Bole mintak penjelasan

Nur Hafiz & Associates said...

Salamalayk buat ifah riee & keann k, boleh hubungi terus talian 0137000029 untuk penerangan lanjut dan detail untuk permasalahan anda. Fatabarakallahulakum

Syida Elyna said...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, jika kita telah mendapat surat ms28 dan telah membuka fail di jabatan agama islam negeri. Tetapi kita tidak meneruskan perjalanan kes atas sebab tertentu.jangka masa setahun. Adakah boleh untuk kita meneruskan pendaftaran seperti biasa atau kita perlu membuat permohonan semula?

Nikah Satu Lagi said...

Surat MS28 adalah sah utk selama2nya. Surat itu adalah surat penghakiman/perintah mahakamah. Ia mengesahkan Perkahwinan.

Nur Hafiz & Associates said...

Hubungi talian 0137000029 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Moga pihak kami dapat membantu pihak Tuan / Puan Dalam isu ini.

Wendy Widman said...

assalamualaikum.. saya ingin betanya. sahabat saya telah berkahwin di thailand selama setahun dan tidak mendaftar di malaysia. apa yang perlu sahabat saya lakukan untuk bercerai secara sah?
email: flowerletter21@gmail.com

Wendy Widman said...

assalamualaikum.. saya ingin betanya. sahabat saya telah berkahwin di thailand selama setahun dan tidak mendaftar di malaysia. apa yang perlu sahabat saya lakukan untuk bercerai secara sah?
email: flowerletter21@gmail.com

Wendy Widman said...

assalamualaikum.. saya ingin betanya. sahabat saya telah berkahwin di thailand selama setahun dan tidak mendaftar di malaysia. apa yang perlu sahabat saya lakukan untuk bercerai secara sah?
email: flowerletter21@gmail.com

Wendy Widman said...

assalamualaikum.. saya ingin betanya. sahabat saya telah berkahwin di thailand selama setahun dan tidak mendaftar di malaysia. apa yang perlu sahabat saya lakukan untuk bercerai secara sah?
email: flowerletter21@gmail.com

Wendy Widman said...

assalamualaikum.. saya ingin betanya. sahabat saya telah berkahwin di thailand selama setahun dan tidak mendaftar di malaysia. apa yang perlu sahabat saya lakukan untuk bercerai secara sah?
email: flowerletter21@gmail.com

Ira Amcha said...

assalamualaikum.. saya telah bernikah di thailand.. tp pernikahan kami berlangsung di kedah di atas sbb saya tidak boleh membuat pas ke sana.. jurunikah kami di sana telah datang ke malaysia dan menikahi kami di sini.. kami telah berdaftar di malaysia.. di atas sbb surat tauliah org yg menikahi kami tue tidak dapat diambil. mahkamah telah memutuskan perkahwinan kami tidak sah... dan sekarang suami saya telah menikahi isteri lain di malaysia.. atas perkahwinan kami telah dikurniakan ank 3 org.. dia ingin melepaskan saya.. apa patut saya lakukan..

Nur Hafiz & Associates said...

Salamalayk buat pembaca budiman. Segala pertanyaan puan dan tuan berkenaan dengan proses mendaftarkan pernikahan dan kesan daripadanya tuan dan puan boleh hubungi talian 0137000029 atau tinggalkan no tuan puan di email nurhafiz.associates@gmail.com untuk bantuan dan khidmat peguam syarie.

Admin sukapeguamsyarie.blogspot.com.

cikanna daniell said...
This comment has been removed by the author.
SITI SHAHARANI OMAR BAKI said...

raniomar90@gmailcom

salam.kalau nk daftar di kltn sama x. macam mana kalau saksi nikah tu dua2 dr siam dan xde rekod pasport n boarding pass.

cash loan said...


Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

karen emily said...

DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

Christy Walton said...

Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.