PENDAHULUAN
:
Ramai para
isteri yang tidak tahu hak mereka yang telah bercerai, penting untuk semua para
isteri mengetetahu hak-hak mereka jika berlaku perceraian. Jom kita lihat
secara asas prinsip mutaah dan peruntukan undang-undang berkiatan mutaah di
Malaysia?
*****************************
PERSOALAN
MUTAAH
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUTAAH?
Dari segi bahasa : perkara yang menyukakan
hati dan boleh dimanfaatkan (fiqh Manhaj-647)
Dari segi Istilah : harta yang suami wajib serahkan kepada
isteri yang telah berpisah dengannya sama ada dengan sebab talak (cerai) atau
pepisahan ( Fiqh manhaj- 647)
Mutaah
ialah suatu pembayaran
sagu hati yang diberikan oleh
bekas suami kepada
bekas isterinya selepas mereka
bercerai sama ada berupa wang atau pun barang. Sagu hati
mutaah ini dikira bayaran
yang wajib apabila
perceraian itu berlaku bukan
disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri.
Apakah hukum mengenai mutaah?
Jumhur
ulama menyatakan hukum
asal mutaah ialah sunat
iaitu suatu amalan
yang digalakkan
terhadap suami yang telah menceraikan
isterinya. Alasan pendapat ini
disandarkan kepada ayat
236 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Hendaklah
kamu memberikan Mutaah (iaitu
pemberian sagu hati)
kepada mereka yang diceraikan itu,
iaitu suami yang senang
hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka
dan bagi suami
yang susah menurut
kemampuannya sebagai
pemberian sagu hati
menurut apa yang
patut dan menjadi satu
kewajipan ke atas
orang yang mahu berbuat demikian”.
Mengikut Imam Shafie, mutaah itu wajib
diberikan kepada isteri sama
ada dia diceraikan
sebelum atau selepas disetubuhi,
sudah ditentukan maharnya atau
belum. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan barang lain.
3) Siapakah yang berhak
mendapatkan mutaah ?
Mutaah wajib
diberikan kepada bekas isterinya dalam keadaan berikut:
a) Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan
b) Isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi dan mas kahwin pula tidak
disebutkan semasa akad nikah
c) Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya. Perpisahan
hendaklah disebabkan oleh suami seperti dia murtad, atau meli’an isterinya
(bersumpah menuduh isterinya berzina). Perpisahan juga hendaklah berlaku
selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan tetapi mas kahwin tidak disebut
dalam akad.
* Jika isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya
disebut dalam akad nikah, isteri tidak berhak mendapat mutaah. Ini KERANA dia
telah mendapatkan separuh daripada mas kahwin sedangkan dia masih belum
memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya. (rujukan fiqh manhaj: 647)
4) Apakah tujuan mutaah itu?
Mutaah
bertujuan untuk meringankan
sedikit beban dan tanggungan seorang
bekas isteri
akibat diceraikan oleh bekas suaminya.
Dengan
pemberian mutaah ini
kepada bekas isteri –
(a) Membolehkan isteri
itu untuk berdikari
dan memulakan hidup
baru selepas bercerai;
(b) Mengelakkan
prasangka buruk masyarakat terhadap
isteri itu bahawa perceraian adalah
berpunca daripada kesalahan isteri;
(c) Ia merupakan
penghargaan daripada suami atas
sumbangan dan peranan isteri.
APAKAH PRASYARAT UNTUK ISTERI
MEMOHON MUTAAH DI MALAYSIA?
Prasyarat
untuk isteri memohon
mutaah di Malaysia adalah
seperti yang berikut:
(a) wujud perkahwinan yang sah;
(b) berlaku perceraian bukan berpunca daripada isteri;
(c) berlaku perceraian hidup;
(d) berlaku persetubuhan;
(e) perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
5) APAKAH FAKTOR YANG MENGGUGURKAN HAK MUTAAH?
Faktor
yang menggugurkan hak
mutaah adalah seperti yang
berikut:
(a)
isteri yang nusyuz yang disabitkan oleh
mahkamah;
(b)
isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh dan mas kahwin disebut dalam akad;
(c)
isteri murtad;
(d)
perceraian secara tebus talak.
6)
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENENTUKAN KADAR MUTAAH TERSEBUT?
Dalam kitab fiqh manhaji ada
menyatakan bahawa kadar menentukan kadar mutaah boleh ditentukan oleh kedua-dua
suami isteri . (Dalam kitab fiqh Manhaj)
Jika mereka bersetuju dengan kadar
harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak, kadar itulah yang diterima
oleh isteri. Mutaah itu sah berdasarkan apa yang dipersetujui .
Jika mereka berselisih pendapat
dalam menentukan kadarnya, qadi (hakim) berhek menentukan berdasarkan keadaan
mereka berdua; susah senang suami, dan keturunan isteri dan sifat-sifatnya;
Berdasarkan kepada firman Allah :
“hendaklah kamu memberikan mutaah
(pemberiansagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu suami yang
senang (hendaklah memberikan sagu hati) menurut ukuran kemampuannya dan suami
yang susah pula menurut ukuran kemampuannya . (surah Al Baqarah :236)
Oleh itu, tidak terdapat
suatu panduan tertentu
yang boleh dijadikan formula tetap untuk menentukan kadar dalam
pemberian mutaah daripada seorang bekas suami kepada seorang
isteri yang diceraikan. Namun begitu,
terdapat prinsip umum yang di amalkan dalam perundangan islam di Malaysia yang
menyatakan bahawa sesuatu
pemberian hendaklah diasaskan kepada –
(a) kemampuan suami;
(b) status pasangan;
(c) tempoh perkahwinan;
(d) pengorbanan isteri.
7)
APAKAH PERUNTUKAN MENGENAI MUTAAH DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM?
Peruntukan
mengenai mutaah pada
umumnya terdapat dalam semua
Enakmen Keluarga
Islam Negeri. Seksyen 56 Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984,
misalnya menyebut –
“Sebagai
tambahan kepada haknya
untuk memohon nafkah, seseorang perempuan
yang
telah diceraikan tanpa
sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah
atau
pemberian
sagu hati kepada
Mahkamah, dan Mahkamah boleh,
selepas mendengar pihak-
pihak
itu dan apabila
berpuas hati bahawa perempuan itu
telah diceraikan tanpa
sebab
yang
patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang
wajar dan patut
mengikut
Hukum Syarak.
APAKAH HIKMAH PENSYARIATAN MUTAAH ?
Hikmah disyaritkan mutaah ialah untuk
mengambil hati isteri yang diceraikan sewaktu dia meninggalkan kehidupan
bersuami, meringankan bebanan dan kesusuahan disebabkan perpisahan dan
mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci yang memuncak hasil daripada
penceraian tersebut.
*****************************
Jika ada apa-apa persoalan dan masalah
rumahtangga yang dihadapi berkenaan dengan masalah berkaitan mutaah ini, boleh
hubungi kami di SINI
“ Dan isteri-isteri yang diceraikan,
berhak mendapat mutaah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut” (surah Al
baqarah : 241)
2 comments:
Maaf sy hendak bertanya...jika terjadi ye cerai takliq...cerai yang dimohon oleh isteri atas sebab2 yang munasabah...boleh ke seorang isteri itu menuntut spt berikut:
1) nafkah eddah
2) mutaah
3) hutang dalam perkahwinan
4) nafkah tertunggak
5) Harta sepencarian
6) Hadhanah & interim Hadhanah
7) Nafkah anak
8) nafkah tertunggak anak anak
salam, kalau isteri nusyuz memang gugur terus hak mutaah atau masih layak dapat dengan jumlah yang dikurangkan?
Post a Comment