Ilmu faraid adalah suatu ilmu yang amat penting. Terdapat hadith nabi (s.a.w.) menyatakan bahawa ilmu inilah yang paling awal sekali diangkat ke langit. Pewarisnya akan berkurangan seorang demi seorang. Ilmunya akan hilang bersama kembalinya ulama yang memilikinya ke Rahmatullah. Pengetahuan yang diturunkan kepada anak muridnya tidaklah sehebat yang dimiliki oleh si guru yang dapat menyelesaikan seribu satu permasalahan faraid.
Di dalam Al-Qur'an, cara pembahagian harta pusaka ataupun faraid adalah yang paling jelas dan terperinci. Ianya cukup jelas untuk difahami dan dibuat pengiraannya. Seseorang yang mahir dalam matematik kebiasaannya akan dapat memahaminya dan seterusnya menguasai kaedahnya dalam masa yang amat singkat. Pembahagian harta pusaka secara faraid merupakan satu cara pembahagian yang paling adil dan penuh hikmah.
Sebahagian ulama' berpendapat bahawa ada hikmahnya kenapa Allah (s.w.t.) menyebut secara jelas dan terperinci berkenaan kaedah pembahagian harta pusaka kerana harta dan kekayaanlah yang selalu menimbulkan perbalahan dan permusuhan di kalangan saudara mara si mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bahawa untuk berlaku benar-benar adil dalam membahagi harta pusaka adalah amat sukar kerana sering kali terdapat pihak yang tidak berpuas hati terhadap pembahagian yang dilakukan.
Akan tetapi pada hari ini ramai orang yang seolah-olah kurang yakin dengan keadilan yang terdapat dalam sistem faraid Islam. Bahkan yang lebih teruk adalah terdapat beberapa NGO yang berterusan menuduh sistem pembahagian Islam tidak adil kerana kononnya menindas wanita dalam pembahagian harta. Ternyata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ini tidak benar sama sekali dan tidak bersifat akademik.
Perkara yang sering dipersoalkan oleh golongan yang menentang pembahagian pusaka secara Islam adalah kenapa seorang wanita akan mendapat kurang haknya berbanding saudara laki-laki. Mereka secara berterusan memperkatakan perkara ini dan berusaha meraih sokongan golongan masih cetek dan kurang ilmu agamanya. Kononnya apabila harta si mati dibahagi sama banyak, maka itu lebih adil dan bijak. Mereka seolah-olah tidak mahu memikirkan tanggungjawab besar yang dipikulkan oleh seorang lelaki sebagai suami yang berkewajipan menyara anak dan isterinya, anak lelaki yang wajib menyara adik-adiknya lelaki dan perempuan, bahkan seorang lelaki juga wajib menyara ibu mentuanya sekiranya mentuanya itu seorang yang miskin.
Mereka sepatutnya menyedari bahawa apabila seseorang lelaki mempunyai harta, maka semua yang berada di bawah tanggungannya berhak menuntut nafkah. Semua hak tersebut adalah hak mendapat makanan, pakaian dan tempat kediaman. Demikian juga dengan hak mendapatkan keselamatan fizikal dan nyawa sekiranya terancam. Seorang lelaki wajib menyediakan semua itu walaupun akhirnya tidak tinggal sesenpun di dalam poketnya setelah berjaya menyediakan semuanya. Sekiranya tidak menyediakan, maka dia akan ditanya di Akhirat kelak.
Sebaliknya pula sekiranya harta menjadi milik seorang perempuan, maka dia sebenarnya langsung tidak berkewajipan memberikan walau sedikit pun hartanya kepada sesiapa sahaja. Wang itu adalah hak mutlaknya dan dia berhak membelanjakan kepada dirinya sahaja. Apabila dia menolong suaminya, adik beradiknya atau saudara maranya, maka itu adalah sedekah amal jariah. Seorang langsung tidak berhak meminta walau sesenpun daripada duitnya. Sekiranya dia membeli makanan untuk anaknya, maka dia sepatutnya sedar bahawa itu bukan tanggungjawabnya, sebaliknya hanyalah membelanjakan sebahagian hartanya menolong suaminya menyediakan nafkah makanan kepada keluarganya.
Demikian juga sekiranya dia seorang anak gadis yang masih belum berkahwin dan kematian bapanya, maka dia akan berhak ke atas sebahagian harta pusaka mengikut pembahagian pusaka Islam. Dia kemudiannya tidak sedikit pun wajib mengeluarkan harta yang telah didapati olehnya untuk menolong ibunya dan adik beradiknya. Sekiranya dia mengeluarkan, maka itu adalah sedekah dan pemberian ikhlas daripadanya. Yang wajib menyara ibu dan adik beradik adalah adik beradik lelaki gadis tersebut. Itulah antara hikmah kenapa pembahagian harta pusaka dilebihkan kepada lelaki.
Di Malaysia, terdapat satu perkara yang berkait rapat dengan harta pusaka dan harta selepas penceraian. Ianya dikenali sebagai harta sepencarian. Istilah harta sepencarian ini hanya didapati dan diiktiraf di Malaysia sahaja. Di negara Islam lain tidak ada istilah ini dalam proses pembahagian harta selepas bercerai atau kematian. Ianya dijadikan kanun berdasarkan adat tempatan semasa yang telah dipersetujui dan disepakati untuk menjaga kemaslahatan umum, khususnya kaum wanita. Ianya tidak salah kerana terdapat satu kaedah fiqh mengikut Mazhab Syafie bahawa kadang-kala adat boleh menjadi ibadat bergantung kepada kemaslahatan di sesuatu kawasan.
Sebenarnya cara dan teknik pembahagian harta pusaka sudah cukup cantik dan tersusun. Sekiranya seseorang itu masih kurang memahami dan kurang pandai tentang cara pengiraan, maka dia boleh menghubungi pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk mendapatkan penjelasan mengenainya. Terdapat juga unit pembahagian harta pusaka di sesetengah pejabat daerah atau pejabat tanah. Di samping itu, terdapat juga agensi swasta yang menawarkan perkhidmatan pengiraan harta pusaka dan pengurusan wasiat. Biasanya agensi ini akan mengenakan bayaran dengan kadar yang tertentu sebagai caj perkhidmatannya.
Konsep harta sepencarian ditimbulkan di Malaysia kerana disebabkan terdapat banyak kes di mana seseorang wanita tidak mendapat harta dan mengalami penganiayaan selepas penceraian, sedangkan dalam masa yang sama mendapat hak membesarkan dan memberi makan minum kepada anak-anaknya. Ulama-ulama dan pakar syariah dan pakar perundangan setelah berbincang dan memperhalusi segenap segi bersetuju supaya dibuat peruntukan khas berkaitan apa yang dikatakan sebagai harta sepencarian yang boleh dituntut selepas berlaku sesuatu kematian atau penceraian. Menariknya, bukan sahaja pihak wanita sahaja boleh menuntut harta sepencarian, pihak suami juga berhak menuntut sekiranya mempunyai bukti dan dokumen yang menunjukkan dia berhak ke atas sesuatu harta yang mahu dituntut.
Mungkin tindak ramai yang mengetahui dengan lebih jelas tentang harta yang termasuk dalam kategori harta sepencarian. Sebilangan besar daripada orang awam memahami bahawa harta sepencarian adalah harta yang dibeli dengan duit yang dikongsi bersama-sama. Sebagai contohnya adalah rumah yang dikongsi pembeliannya dengan menggunakan wang si suami dan si isteri. Begitu juga dengan kereta yang dibeli dengan cara berkongsi duit. Ianya adalah sebahagian daripada yang diistilahkan sebagai harta sepencarian. Tetapi bagaimana pula dengan sebuah rumah yang dibeli oleh seorang suami, beserta dengan peralatan dapur dan perabot yang juga dibeli oleh suami, sedangkan si isteri pula hanyalah suri rumah sepenuh masa? Si isteri tidak bekerja dan tiada harta. Hidupnya hanya mengabdikan menguruskan keperluan suami dan anak-anak demi kebahagiaan keluarganya.
Dalam kes ini, si isteri juga memperolehi hak untuk menuntut harta sepencarian ke atas nilai rumah tersebut apabila berlaku penceraian. Dia berhak menuntut dengan alasan bahawa dia setiap hari menguruskan rumah tersebut setiap hari demi kebahagiaan rumahtangganya. Namun begitu, peratusan yang akan diperolehinya daripada nilai rumah tersebut tidak banyak sangat, tetapi adalah dikira sedikit berlaku adil ke atas si isteri yang ketiadaan harta untuk menyara dirinya selepas berlaku penceraian.
Ilmu pusaka berkait rapat dengan wasiat. Wasiat perlu didahulukan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka. Akan tetapi wasiat tersebut disyaratkan supaya tidak melebihi 30 peratus daripada nilai harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dalam masa yang sama, wasiat tidak boleh dinamakan kepada ahli waris yang menerima pusaka. Sekiranya berlaku wasiat ke atas ahli waris yang dalam masa yang sama menerima pusaka dan dalam masa yang sama juga ahli waris lain tidak bersetuju dengan wasiat tersebut, maka wasiat tersebut dikira terbatal. Wasiat itu tidak wajib ditunaikan.
Kadang-kadang umat Islam tidak memahami kaedah yang sebenarnya dan akan menjadi keliru apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Mereka perlu diberi pendedahan supaya semua faham hak masing-masing bagi mengelakkan perselisihan faham di masa akan datang. Persoalan berkaitan pemilikan harta adalah amat sensitif bagi semua manusia, tanpa mengira status, bangsa dan keturunan.

No comments:
Post a Comment