Monday 20 January 2020

ANAK TAK SAH TARAF : KEDUDUKAN DALAM ISLAM

ANAK TAK SAH TARAF : KEDUDUKAN DALAM ISLAM


AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
 (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
Seksyen 2.
“tidak sah taraf”, berhubung dengan seseorang anak ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah.
Nas :
Maksudnya: “Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”

Dalam Islam, terdapat tiga kaedah utama untuk
menentukan nasab, iaitu:
i) Firasy (perkahwinan)
ii) Keterangan Saksi
iii) Ikrar

Nasab Melalui Iqrar
ü  pengakuan seorang laki-laki secara suka rela terhadap seorang anak bahwa ia mempunyai hubungan darah dengan anak tersebut, baik anak tersebut tersebut berstatus berstatus di luar nikah atau anak tersebut tersebut tidak diketahui asal usulnya

ü  Syarat pengakuan nasab (s.114 Akta 303)

Pengakuan ke atas diri sendiri
ü  bapa mengakui anak, ataupun anak mengakui bapa, seperti ia berkata, “ini adalah anak saya”, atau “ini adalah ibu saya”, atau “ini adalah bapa saya”. Pengakuan ini sah dibuat walaupun ia sedang sakit tenat yang membawa mati dengan empat syarat yang akan datang yang disepakati oleh kebanyakan fuqaha di kalangan mazhab-mazhab.

Keterangan saksi
ü  Jenis penyaksian yang boleh menentukan nasab ialah dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua wanita menurut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad. Bagi mazhab Maliki, ianya boleh disaksikan disaksikan oleh dua orang lelaki sahaja. Manakala Manakala ulama’ Shafie, Hanbali dan Abu Yusuf ianya disaksikan oleh semua ahli waris.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Seksyen 110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa [Akta 303]

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya perkahwinannya itu dibubarkan dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.

Seksyen 111. Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan [Akta 303]

Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah qamariah selepas selepas perkahwinan perkahwinan itu dibubarkan dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu.

Seksyen 112. Kelahiran selepas pengakuan bahawa ‘iddah telah tamat [Akta 303]

Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu pengakuan bahawa tempoh ‘iddahnya telah tamat sama ada ‘iddah itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian perceraian dan perempuan perempuan itu kemudiannya kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.

Seksyen 113. Persetubuhan syubhah [Akta 303)

 Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan perempuan itu melahirkan melahirkan seorang seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.



IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF MENURUT UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARAK

Gambar Hiasan 

i)                    Nasab dan penamaan Anak tak sah taraf dinasabkan pada ibunya

ii)                    Nafkah Segala nafkah adalah tanggungjawab ibunya (S.80 – kecuali anak rogol).
                 Ini kerana anak itu dinasabkan pada ibu dan ia menjadi tanggungjawab ibu.

iii)                 Pusaka Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan dgn ibunya dan kedua-duanya boleh mewarisi antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, dia boleh mewarisi harta ibu dan begitu juga sebaliknya.

iv)                 Perwalian Hak perwaliannya terserah pada ibu. Jika anak perempuan, maka dlm perkahwinan ia dipegang oleh wali hakim kerana kedudukannya sbg seorang yg tidak mempunyai wali nasab lelaki.

v)                  Perkahwinan Anak tak sah taraf adalah insan biasa dan dia sebenarnya tidak berdosa. Oleh itu, perkahwinannya adalah sah jika dia menurut syarat-syarat sah pernikahan.

vi)                 Penjagaan Dipertanggungjawabkan pada ibu atau saudara mara sebelah ibu. Ini kerana tiada bukti untuk mensabitkan siapa sebenarnya lelaki yang terlibat dalam perbuatan terkutuk itu.

vii)               Hubungan mahram Perhubungan anak tak sah taraf dgn ahli keluarga sebelah ibu adalah hubungan kekeluargaan yang satu. Tetapi, ia tidak diperluaskan pada keluarga bapa yang tak sah itu.

viii)              Kematian Kematian anak tak sah taraf yg belum baligh adalah menurut agama ibunya. Jika yg menyetubuhi ibu tersebut ialah lelaki Islam dan ibu tersebut bukan Islam, ia tidak boleh diuruskan mengikut hukum Islam.

TIPS UNTUK MENGATASI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RUMAHTANGGA

Masalah Rumah Tangga.Dalam perkahwinan tentu sahaja ada masalah rumah tangga. Tak kiralah sekarang, masa lalu mahupun akan datang.Masalah ru...