SHARING IS CARING :)
Monday, 12 May 2014
Friday, 28 February 2014
Pengenalan
Secara umumnya, Peguam ialah orang atau pihak yang bertanggungjawab memberi bantuan guaman kepada pelanggannya, ataupun bertindak sebagaiwakil bagi pihak-pihak yang bertikai di dalam sesuatu perkara, sekiranya pihak-pihak tersebut tidak mampu untuk tampil sendiri ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Allah s.w.t. menyeru supaya bertanya dan menyerahkan sesuatu perkara kepada ahlinya ataupun orang yang mahir mengenainya. Hal ini dijelaskan lagi oleh firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud :
jika kamu tidak tahu "
Dalam bidang guaman Syarie, Peguam Syarie adalah antara orang yang paling layak untuk mengendalikan permasalahan Syariah kerana ia terletak di bawah kepakaran mereka, bermula daripada prosedur Mahkamah, penyediaan dokumen-dokumen berkaitan kes, sehinggalah peringkat yang seterusnya, yang mana dengan kehadiran peguam ini kes-kes akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat serta dapat menjimatkan masa Mahkamah. Peguam Syarie akan bertindak mewakili anak guamnya dalam kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Prinsip 'wakalah bi al-khusumah' turut dititikberatkan dalam bidang ini.
Wakalah berasal daripada perkataan Arab yang bererti menjaga, melengkapkan, dan menyerah. Apabila seseorang itu dilantik sebagai wakil, maka orang itu dianggap sebagai penjaga, penjamin atau orang yang diamanahkan kepadanya sesuatu hal untuk diselesaikan. Peguam Syarie juga berperanan menasihatkan anak guamnya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hukum hakam Islam dan persoalan berkaitan prosiding Mahkamah, di samping bertindak sebagai 'orang tengah' atau pendamai dalam kes penyelesaian di luar Mahkamah.
Sebarang Kemusykilan Berkaitan Perundangan Syariah
boleh hubungi kami di SINI
Tuesday, 21 January 2014
Peta Lokasi
- UNIVERSITI MALAYA, 9.1km, 10minit
- UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 16km, 23 minit
- MID VALLEY, 6.8km, 8minit
- HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(HUKM), 2.2km, 4minit
- KLCC, 9.9km, 14minit
- SOGO SHOPPING COMPLEX, 9.9km, 14minit
- MINES RESORT, 12km ,18minit
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(BANGI), 27.5km, 30minit
- UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA(UIAM)GOMBAK, 20km, 26minit
- STADIUM SHAH ALAM via Federal Highway, 22.5km, 25minit
![]() |
NO.65-2, JLN DWITASIK 1, DATARAN DWITASIK, BNDR SRI PERMAISURI, CHERAS 56000 KL. (terletak di tingkat 2, di atas Agro Bank, bersebelahan dengan kedai elektrik Sen Heng)
|
Monday, 9 December 2013
KETAHUI ERTI WAKAF
Wakaf merupakan suatu pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain (benda yang diwakafkan) adalah kerana Allah S.W.T atau dihukumkan sebagai milik Allah S.W.T Adapun manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan Maukuf Alaih iaitu pihak atau jihah atau orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.
Wakaf adalah suatu pemberian atau sumbangan ikhlas sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.
Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah contohnya mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan, projek sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan dan lain-lain selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Dalil galakan dan ganjaran kepada perwakaf.
Firman Allah S.W.T;
“Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan(ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: ayat 261)
Hadith riwayat Muslim Yang Bermaksud;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang mendoakannya”.
Bahagian Wakaf terbahagi kepada dua:
WAKAF AHLI ( AHLI KELURGA)
Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan maukuf alaih seperti anak,cucu dan seterusnya. Contoh, “Saya mewakafkan kesemua harta saya kepada anak cucu dan keturunan saya untuk selamanya”.
WAKAF KHAIRI (KEBAJIKAN)
Iaitu wakaf yang diperuntukan bagi tujuan kebajikan semata-mata. Wakaf Khairi terbahagi kepada 2 iaitu:
Wakaf Am
Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu. Contohnya seperti seorang mewakafkan sebidang tanah untuk kebajikan am. Dalam wakaf ini, Nazir Wakaf (Pemegang Amanah) mentadbirkan tanah tersebut untuk apa jua bentuk pembangunan yang boleh memberikan hasil sebaik mungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan/bentuk pembangunan tertentu. Manakala manfaatnya pula diagihkan kepada apa juga bentuk kebajikan am yang mana pahalanya berterusan kembali kepada pewakaf.
Wakaf Khas
Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf. Contohnya;
Wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim,Wakaf kedai hasilnya dikhaskan kepada masjid atau surau atau madrasah tertentu sahaja dan Wakaf untuk masjid, surau, madrasah, tanah perkuburan dan sebagainya
Wednesday, 4 December 2013
DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN
Takrifan Harta Sepencarian harta sepencarian ialah harta yang diperoleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang sah, iaitu sumbangan daripada suami dan isteri terhadap perolehan harta itu, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Sumbangan secara langsung adalah dalam bentuk sumbangan yang jelas dan hakiki sama ada modal dalam bentuk wang ringgit dan usaha sama antara suami dan isteri terhadap perolehan satu-satu harta.
Sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan bersifat nisbi dan subjektif, yang membabitkan sumbangan atas dasar keikhlasan, kasih sayang, kesetiaan, ketaatan dan sebagainya yang memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga, ketenangan jiwa dan minda pasangan dalam memberi kesan kepada perolehan harta.
Konsep Harta Sepencarian berasal daripada hukum adat Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak, maka ia diterima pakai dan menjadi sebahagian daripada undang-undang keluarga Islam di Malaysia dan hak untuk menuntut Harta Sepencarian terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Secara tidak langsung konsep Harta Sepencarian terpakai untuk semua pasangan Muslim, tidak mengira bangsa.
Perlu difahami bahawa Harta Sepencarian adalah satu hak untuk pasangan suami isteri yang mana hak ini hanya akan diperoleh melalui tuntutan.Sekiranya tiada tuntutan, maka masing-masing tidak akan mendapat hak mereka.
Tuntutan Harta Sepencarian boleh dilakukan dalam dua keadaan, selepas perceraian atau selepas kematian.
Senario tuntutan Harta Sepencarian membabitkan pembuktian, masa, emosi dan sebagainya. Perkara seperti penangguhan perbicaraan, tempoh perbicaraan yang panjang, bukti yang tidak mencukupi, saksi tidak hadir ke mahkamah dan sebagainya boleh berlaku.
Dalam kes yang membabitkan tuntutan selepas kematian, pengagihan Harta Sepencarian akan mendahului pembahagian harta pusaka.Ini bermaksud, harta pusaka tidak akan dapat diagihkan kepada waris selagi mana kes tuntutan Harta Sepencarian belum lagi diselesaikan.
Untuk mengurangkan beban pasangan selepas kematian dan memastikan bahawa pembahagian harta pusaka berjalan dengan lancar, Deklarasi Harta Sepencarian satu instrumen yang penting dalam memastikan bahawa pengagihan Harta Sepencarian tidak melalui jalan sukar.
Ia satu dokumen perjanjian bersama antara suami isteri untuk menyatakan pembahagian tertentu yang dipersetujui bersama dalam memberikan hak kepada mereka terhadap satu-satu harta.
Memandangkan pengagihan harta sepencarian mendahului pembahagian harta pusaka, Deklarasi Harta Sepencarian menjadi instrumen untuk memastikan bahawa pasangan memperoleh harta tertentu dalam bahagian yang tertentu.
Kelebihan membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ialah:
1. Dengan menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian masalah yang mungkin timbul akibat tuntutan Harta Sepencarian dapat diatasi
2. Aset tidak termasuk dalam pembahagian mengikut Faraid
3. Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing
4. Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan
5. Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah
6. Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak
7. Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi.
Sekiranya seorang suami ingin memberi isterinya lebih daripada apa yang sepatutnya melalui faraid, atau ingin memastikan bahawa rumah yang mereka duduki akan diwarisi isterinya, maka Deklarasi Harta Sepencarian merupakan penyelesaian terbaik.
Atas dasar saling mengasihi dan mempercayai, suami dan isteri melaksanakan Deklarasi Harta Sepencarian sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada pasangan hidup mereka.
Sebarang persoalan lanjut mengenai Harta Sepencarian boleh hubungi kami di SINI
Monday, 11 November 2013
HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)
Perkongsian terbaru dari kami adalah mengenai Hadhanah.
Semoga ianya bermanfaat.
Pengertian Hadhanah
Kata hadhanah adalah bentuk mashdar dari kata hadhnu ash-shabiy, atau mengasuh atau memelihara anak. Mengasuh (hadhn) dalam pengertian ini tidak dimaksudkan dengan menggendongnya dibahagian dada atau lengan.
Secara terminologi, hadhanah adalah menjaga anak yang belum boleh mengatur dan merawat dirinya sendiri, serta belum mampu menjaga dirinya dari hal-hal yang dapat membahayakan dirinya. Hukum hadhanah ini hanya dilaksanakan ketika pasangan suami isteri bercerai dan memiliki anak yang belum cukup umur untuk berpisah dari ibunya. Hal ini disebabkan kerana anak masih perlu penjagaan, pengasuhan, pendidikan, perawatan dan lain-lain. Inilah yang dimaksudkan dengan perwalian (wilayah).
Hukum Hadhanah
Hadhanah (pengasuhan anak) hukumnya wajib, kerana anak yang masih memerlukan pengasuhan ini akan mendapatkan bahaya jika tidak mendapatkan pengasuhan, sehingga anak harus dijaga agar tidak sampai membahayakan. Selain itu ia juga harus tetap diberi nafkah dan diselamatkan dari segala hal yang dapat merosakkannya.
Hadhanah sangat berkait dengan tiga hak:
- Hak wanita yang mengasuh.
- Hak anak yang diasuh.
- hak ayah atau orang yang menepati turutanya.
Jika masing-masing hak ini dapat disatukan, maka itulah jalan yang terbaik akan tetapi jika masing-masing hak saling bertentangan, maka hak anak harus didahulukan daripada yang lainnya. Berkaitan dengan hal ini ada beberapa hal yang perlu diambil berat:
pertama, pihak ibu terpaksa harus mengasuh anak jika keadaannya memang memaksa demikian kerana tidak ada orang lain selain dirinya yang lebih layak untuk mengasuh anak.
kedua, si ibu tidak boleh dipaksa mengasuh anak jika keadaannya memang tidak mengharuskan
demikian. Sebab mengasuh anak itu adalah haknya dan tidak ada mudharat yang dimungkinkan akan menimpa anak kerana adanya mahram lain selain ibunya.
ketiga, seorang ayah tidak berhak merampas anak dari orang yang lebih berhak mengasuhnya ( ibu) lalu memberikannya kepada wanita lain kecuali ada alsan syar’i yang memperbolehkannya.
keempat, jika ada wanita yang bersedia menyusui selain ibu si anak, maka ia harus menyusui bersama (tinggal serumah) dengan si ibu hingga tidak kehilangan haknya mengasuh anak.
Urutan Orang yang Berhak Mengasuh Anak.
Perlu diingatkan bahawa wanita lebih memahami dan lebih mampu mendidik, disamping lebih sabar, lebih lembut dan lebih sering berada bersama anak, maka ia lebih berhak mendidik dan mengasuh anak dibandingkan lelaki. Hal ini berlangsung hanya pada usia-usia tertentu, namun pada fasa-fasa berikutnya lelaki yang lebih mampu mendidik dan mengasuh anak dibandingkan wanita.
Ibu adalah wanita yang paling berhak mengasuh anak
Jika wanita lebih berhak mendidik dan mengasuh anak daripada laki-laki, maka -sesuai ijma ulama- ibu kandung anak tentu lebih berhak mengasuh anaknya setelah terjadi perpisahan (antara suami dan istrinya), baik karena talak, meninggalnya suami atau suami menikah dengan wanita lain, kerana ibu jauh memiliki kelembutan dan kasih sayang, kecuali jika ada penghalang yang menghapuskan hak si ibu untuk mengasuh anak.
Diriwayatkan dari Amr bin Syu’aib dengan menukil dari ayahnya, dari kakeknya bahwa ada seorang wanita yang mengadu kepada Rasulullah r: “Wahai RAsulullah, anak ini dulu pernah menjadikan perutku sebagai wadahnya, payudaraku sebagai sumber minumnya dan kamarku sebagai rumahnya. Kini ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.” Rasulullah bersabda kepada wanita ini “Kamu lebih berhak terhadapnya selama kamu belum menikah lagi“. (hasan HR Abu Daud, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Urutan orang yang berhak mengasuh anak setelah ibu kandung
Ulama berbeda pendapat siapa yang paling berhak mengasuh anak setelah ibu kandung atau urutan hak asuh anak jika ternyata ada penyebab yang menghalangi ibu kandung untuk mendapatkan hak asuhnya. Perbezaan pendapat ini disebabkan tidak adanya dalil qath’I yang secara tegas membahas masalah ini. Hanya keempat-empat imam mazhab lebih mendahulukan kalangan kerabat dari pihak ibu dibandingkan dari kalangan kerabat dari pihak ayah dalam tingkat kerabatan yang sama (misalnya mendahulukan nenek dari pihak ibu dari pada nenek pihak ayah).
1. Golongan Mazhab Hanafi berpendapat bahwa orang yang paling berhak mengasuh anak adalah
- Ibu kandungnya sendiri
- Nenek dari pihak ibu
- nenek dari pihak ayah
- saudara perempuan (kakak perempuan)
- ibu saudara dari pihak ibu
- anak perempuan saudara perempuan
- anak perempuan saudara laki-laki
- ibu saudara dari pihak ayah
2. Golongan Mazhab Maliki berpendapat bahwa urutan hak anak asuh dimulai dari
- Ibu kandung
- nenek dari pihak ibu
- ibu saudara dari pihak ibu
- nenek dari pihak ayah
- saudara perempuan
- ibu saudara dari pihak ayah
- anak perempuan dari saudara lelaki
- penerima wasiat
- dan kerabat lain (ashabah) yang lebih utama
3. Golongan Mazhab Syafi’i berpendapat bahwa hak anak asuh dimulai dari
- Ibu kandung
- nenek dari pihak ibu
- nenek dari pihak ayah
- saudara perempuan
- ibu saudara dari pihak ibu
- anak perempuan dari saudara laki-laki
- anak perempuan dari saudara perempuan
- ibu saudara dari pihak ayah
- dan kerabat yang masih menjadi mahram bagi si anak yang mendapatkan bahagian warisan ashabah sesuai dengan urutan pembagian harta warisan. Pendapat Madzhab Syafi’i sama dengan pendapat madzhab Hanafi.
4. Golongan Mazhab Hanbali
- ibu kandung
- nenek dari pihak ibu
- kakek dan ibu kakek
- ibu saudara dari kedua orang tua
- saudara perempuan se ibu
- saudara perempuan seayah
- ibu saudara dari ibu kedua orangtua
- ibu saudara bagi ibu
- ibu saudara ayah
- ibu saudara dari jalur ibu
- ibu saudara ayah dari jalur ibu
- ibu saudara ayah dari pihak ayah
- anak perempuan dari saudara laki-laki
- anak perempuan dari pakcik ayah dari pihak ayah
- kemudian kalangan kerabat dari urutan yang paling dekat.
Thursday, 4 July 2013
POLIGAMI(BACAAN UNTUK SUAMI)
“ Hai senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia, ana yang empunya..”
Friday, 31 May 2013
Salam alayk
Ramai bertanya saya kebelakangan ini mengenai poligami.
Lelaki akan bertanya. "Macammana nak poligami ustaz/bro/tuan. Berapa banyak cara. Macam mana nak buat". Perempuan pula bertanya pada saya. " suami saya nak madukan saya ni ustaz/encik/tuan/hafiz, Macam mana hak saya. Apa saya nak buat.
Nantikan. Saya akan kupas satu demi satu. Bagi pihak bacaan lelaki.
Dan juga bacaan pihak perempuan...
Till next tyme.
MNHR.
Tuesday, 12 February 2013
CERAI FASAKH
![]() |
| gambar hiasan |
PERCERAIAN
Perceraian dari segi bahasa bererti batal atau pembatalan.
Dari segi istilah bererti pembatalan akad perkahwinan yang disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada masa akad atau disebabkan oleh kecacatan yang mendatang yang boleh menghalang keutuhan sesuatu perkahwinan.
Daripada pengertian di atas dapatlah difahami bahawa:
1. Fasakh berbeza dengan talak
2. Fasakh dilakukan dengan sebab sama ada sebab yang serentak (muqaranah) pada masa akad nikah, atau sebab yang berlaku selepas akad nikah.
3. Fasakh membawa akibat pembatalan perkahwinan dan berlakulah perceraian antara suami isteri.
FASAKH
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui hakim. Fasakh hanya boleh diputuskan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati astaupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.
Fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan fasakh
· Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh
· Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
· Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
· Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984., terdapat beberapa sebab yang membolehkan seseorang itu membuat permohonan fasakh.
Sebab-sebab yang membolehkan fasakh ialah :-
1. tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
2. suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
3. suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
4. suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
5. suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
6. suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
7. jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.
Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah fasakh ada dua perkara iaitu:
a) Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
b) Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan, bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.
Kesan Fasakh Di Sebabkan Kecacatan
Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa-apa. Jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.
Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikah, ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya, maka isteri wajib mahar mithil. Jika perkahwinan difasakhkan dengan sebab kecacatan selepas berlakunya persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Hal ini kerana mas kahwin mestilah dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab-sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan, ia tidak akan merubah hakikat tersebut
PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA
PENGENALAN
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkata- kan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balik kan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
TIPS UNTUK MENGATASI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RUMAHTANGGA
Masalah Rumah Tangga.Dalam perkahwinan tentu sahaja ada masalah rumah tangga. Tak kiralah sekarang, masa lalu mahupun akan datang.Masalah ru...
-
POLIGAMI (Bacaan untuk Para Suami) Nota: Tidak dibenarkan mengulangcetak,memuat turun artikel ini tanpa kebenaran dari Admin Sukapegu...
-
Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq ters...
-
gambar hiasan PERCERAIAN Perceraian dari segi bahasa bererti batal atau pembatalan. Dari segi istilah bererti pembatalan akad perkahwinan ...
-
Gambar Hiasan ISU PENDAFTARAN PERNIKAHAN LUAR NEGARA Firman Allah s.w.t tentang pensyariatan Perkahwinan : 3. Dan...
-
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ...
-
Assalamualaikum WBT. Perkongsian terbaru dari kami adalah mengenai Hadhanah. Semoga ianya bermanfaat. Gambar Hiasan +++++++++...
-
Talak merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang menjelaskan makna melepaskan atau membuka ikatan. Talak menurut syara’ pula...
-
Hadhanah : Hak jagaan anak, Teori, Praktikal dan Realiti Gambar hiasan PENGERTIAN Dari sudut bahasa, Hadhanah bererti menjaga dan ...
-
PENGENALAN } يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ ا...
-
PETALING JAYA: Isu pendaftaran anak tidak sah taraf atau luar nikah di ’bin’ atau binti’ selain ibunya dalam sijil kelahiran mendapat bantah...








