Wednesday 25 October 2017

PERMOHONAN MUTAAH? AMBIL TAHU HAK ANDA SEBAGAI ISTERI

PERMOHONAN MUTAAH? AMBIL TAHU HAK ANDA SEBAGAI ISTERI




Gambar Hiasan 


PENDAHULUAN :
Ramai para isteri yang tidak tahu hak mereka yang telah bercerai, penting untuk semua para isteri mengetetahu hak-hak mereka jika berlaku perceraian. Jom kita lihat secara asas prinsip mutaah dan peruntukan undang-undang berkiatan mutaah di Malaysia?

*****************************
PERSOALAN MUTAAH

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUTAAH?

Dari segi bahasa : perkara yang menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan (fiqh Manhaj-647)
Dari segi Istilah   : harta yang suami wajib serahkan kepada isteri yang telah berpisah dengannya sama ada dengan sebab talak (cerai) atau pepisahan ( Fiqh manhaj- 647)
Mutaah  ialah  suatu  pembayaran  sagu  hati  yang diberikan   oleh   bekas   suami   kepada   bekas isterinya  selepas  mereka  bercerai  sama  ada berupa wang atau pun barang. Sagu hati mutaah ini  dikira  bayaran  yang  wajib  apabila  perceraian itu  berlaku  bukan  disebabkan  oleh  kesalahan pihak bekas isteri.

Apakah hukum mengenai mutaah?

Jumhur  ulama  menyatakan  hukum  asal  mutaah ialah  sunat  iaitu  suatu  amalan  yang  digalakkan
terhadap suami yang telah menceraikan isterinya. Alasan  pendapat  ini  disandarkan  kepada  ayat

236 surah Al-Baqarah  yang bermaksud:


“Hendaklah kamu memberikan Mutaah (iaitu  pemberian  sagu  hati)  kepada  mereka yang    diceraikan    itu,    iaitu    suami    yang senang  hendaklah  memberikannya  menurut kemampuan  mereka  dan  bagi  suami  yang  susah     menurut     kemampuannya     sebagai pemberian  sagu  hati  menurut  apa  yang  patut dan  menjadi  satu  kewajipan  ke  atas  orang yang mahu berbuat demikian”.

Mengikut Imam Shafie, mutaah itu wajib diberikan kepada  isteri  sama  ada  dia  diceraikan  sebelum atau   selepas   disetubuhi,   sudah   ditentukan maharnya atau belum. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan barang lain.

3)   Siapakah yang berhak mendapatkan mutaah ?

Mutaah wajib diberikan kepada bekas isterinya dalam keadaan berikut:
a)      Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan
b)      Isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah
c)       Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya. Perpisahan hendaklah disebabkan oleh suami seperti dia murtad, atau meli’an isterinya (bersumpah menuduh isterinya berzina). Perpisahan juga hendaklah berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan tetapi mas kahwin tidak disebut dalam akad.

* Jika isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya disebut dalam akad nikah, isteri tidak berhak mendapat mutaah. Ini KERANA dia telah mendapatkan separuh daripada mas kahwin sedangkan dia masih belum memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya. (rujukan fiqh manhaj: 647)

4)               Apakah tujuan mutaah itu?

Mutaah   bertujuan   untuk   meringankan   sedikit beban dan tanggungan   seorang bekas  isteri 
akibat diceraikan oleh bekas suaminya.

Dengan  pemberian  mutaah  ini  kepada  bekas  isteri –
(a)         Membolehkan    isteri    itu    untuk  berdikari   dan   memulakan   hidup   baru  selepas bercerai;
(b)         Mengelakkan   prasangka   buruk masyarakat  terhadap  isteri  itu  bahawa perceraian   adalah   berpunca   daripada  kesalahan isteri;
(c)           Ia   merupakan   penghargaan   daripada suami   atas   sumbangan   dan   peranan isteri.



APAKAH PRASYARAT UNTUK ISTERI MEMOHON MUTAAH DI MALAYSIA?
Prasyarat   untuk   isteri   memohon   mutaah   di Malaysia adalah seperti yang berikut:
(a) wujud perkahwinan yang sah;
(b) berlaku perceraian bukan berpunca    daripada isteri;
(c) berlaku perceraian hidup;
(d) berlaku persetubuhan;
(e) perceraian bukan disebabkan oleh  suami papa.

5)               APAKAH FAKTOR YANG MENGGUGURKAN HAK MUTAAH?
Faktor  yang  menggugurkan  hak  mutaah  adalah seperti yang berikut:
(a)    isteri yang nusyuz yang disabitkan oleh  mahkamah;
(b)    isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh  dan mas kahwin disebut dalam akad;
(c)    isteri murtad;
(d)   perceraian secara tebus talak.

6)                

                   BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENENTUKAN KADAR MUTAAH TERSEBUT?

Dalam kitab fiqh manhaji ada menyatakan bahawa kadar menentukan kadar mutaah boleh ditentukan oleh kedua-dua suami isteri . (Dalam kitab fiqh Manhaj)

Jika mereka bersetuju dengan kadar harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak, kadar itulah yang diterima oleh isteri. Mutaah itu sah berdasarkan apa yang dipersetujui .

Jika mereka berselisih pendapat dalam menentukan kadarnya, qadi (hakim) berhek menentukan berdasarkan keadaan mereka berdua; susah senang suami, dan keturunan isteri dan sifat-sifatnya;

Berdasarkan kepada firman Allah :

              
“hendaklah kamu memberikan mutaah (pemberiansagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu suami yang senang (hendaklah memberikan sagu hati) menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya . (surah Al Baqarah :236)


Oleh itu, tidak  terdapat  suatu  panduan  tertentu  yang boleh dijadikan formula tetap untuk menentukan kadar    dalam    pemberian    mutaah    daripada seorang bekas suami kepada seorang isteri yang  diceraikan. Namun begitu, terdapat prinsip umum yang di amalkan dalam perundangan islam di Malaysia yang menyatakan  bahawa  sesuatu  pemberian hendaklah diasaskan kepada –
(a) kemampuan suami;
(b) status pasangan;
(c) tempoh perkahwinan;
(d) pengorbanan isteri.

7)              
                   APAKAH PERUNTUKAN MENGENAI MUTAAH DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM?

Peruntukan  mengenai  mutaah  pada  umumnya terdapat    dalam    semua    Enakmen    Keluarga
Islam Negeri. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga   Islam   (Wilayah   Persekutuan)   1984,
misalnya menyebut –

“Sebagai    tambahan    kepada    haknya    untuk memohon     nafkah,     seseorang     perempuan
yang  telah  diceraikan  tanpa  sebab  yang  patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau  
pemberian  sagu  hati  kepada  Mahkamah,  dan Mahkamah  boleh,  selepas  mendengar  pihak-
pihak   itu   dan   apabila   berpuas   hati   bahawa perempuan  itu  telah  diceraikan  tanpa  sebab
yang  patut,  memerintahkan  suami  membayar sejumlah  wang  yang  wajar  dan  patut  mengikut
Hukum Syarak.

APAKAH HIKMAH PENSYARIATAN MUTAAH ?

Hikmah disyaritkan mutaah ialah untuk mengambil hati isteri yang diceraikan sewaktu dia meninggalkan kehidupan bersuami, meringankan bebanan dan kesusuahan disebabkan perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci yang memuncak hasil daripada penceraian tersebut.

*****************************
Jika ada apa-apa persoalan dan masalah rumahtangga yang dihadapi berkenaan dengan masalah berkaitan mutaah ini, boleh hubungi kami di SINI


“ Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut” (surah Al baqarah : 241)


2 comments:

Unknown said...

Maaf sy hendak bertanya...jika terjadi ye cerai takliq...cerai yang dimohon oleh isteri atas sebab2 yang munasabah...boleh ke seorang isteri itu menuntut spt berikut:
1) nafkah eddah
2) mutaah
3) hutang dalam perkahwinan
4) nafkah tertunggak
5) Harta sepencarian
6) Hadhanah & interim Hadhanah
7) Nafkah anak
8) nafkah tertunggak anak anak

Unknown said...

salam, kalau isteri nusyuz memang gugur terus hak mutaah atau masih layak dapat dengan jumlah yang dikurangkan?

TIPS UNTUK MENGATASI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RUMAHTANGGA

Masalah Rumah Tangga.Dalam perkahwinan tentu sahaja ada masalah rumah tangga. Tak kiralah sekarang, masa lalu mahupun akan datang.Masalah ru...