Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973 telah bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Penama tidak semestinya dilantik dari kalangan pewaris. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada pewaris yang berhak mengikut faraid.
Bagaimana sekiranya orang yang kita sayangi seperti isteri atau bapa kita yang terpaksa melakukan kerja-kerja ini kerana kesalahan kita menamakan mereka sebagai Penama kita. Bagaimana sekiranya mereka ini tersalah membahagikan harta tersebut contohnya pembahagian kepada anak-anak kita. Berkemungkinan mereka dengan tidak sengaja telah memakan harta anak-anak yatim.
Berdosakah mereka?
Sedangkan kita tahu memakan harta anak-anak yatim ini tergolong didalam dosa-dosa yang besar. Maka, kita sepatutnya menyerahkan tugasan ini kepada orang / perbadanan yang sememangnya pakar didalam tuntutan harta pusaka.